Friday, 13 April 2012

Zikir 'Itiroof (Ilahi Las Tulil Firdausi..)


Tentu ramai daripada kita yang pernah melafazkan apa yang kita panggil zikir ini, acapkali mungkin sebelum solat, selepas solat dan pada waktu-waktu tertentu. Lafaz yang kita kerap dengari terutamanya di Malaysia mungkin berbunyi begini:


الهي لست للفردوس اهلا * ولا اقوى على نار الجحيم
الهي لست للفردوس اهلا * ولا اقوى على نار الجحيم
فهب لي توبة واغفر ذنوبي * فإنك غافر الذنب العظيم
"Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu
Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa nerakaMu.
Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku, ampunkanlah dosaku,
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar."

Terdapat individu yang menidakkan atau dengan kata lain mengatakan bahawa ianya adalah bida'ah. Ada yang kata menolak syurgalah, zikir karutlah dan tidak seiringan dengan ajaran islamlah. Bahkan ada pula ahli agama yang merendah-rendahkannya. Adakah benar kata-kata tersebut..? Ahli agama tue yang kata... Aku menjadi tertanya-tanya apatah lagi apabila bapa mertuaku pulang dari kuliah agama di masjid dengan menceritakan isu berkaitan yang mana ia tidak boleh dialunkan sama sekali. erm...

Mengikut ilmu aku yang cetek ni, dan rujukan daripada beberapa sumber, sebenarnya kalimah atau yang dikenali dengan nama Zikir I'tiroof itu asalnya dari Abu Nawas yang mana beliau merupakan penyair yang agak terkenal pada zamannya. Meskipun Abu Nawas lebih terkenal dengan peribadi yang melucukan dan sering kisahnya mengundang tawa, sebenarnya adalah orang yang baik hati dan sangat jujur. Kalimat-kalimat diatas adalah bentuk pengakuan dirinya atas semua dosa-dosa yang telah ia perbuat semasa mudanya, semasa hidupnya hanyut dengan duniawi. Ketika Ia menyedari usianya yang semakin senja, apatah lagi dengan pengalaman pernah dipenjarakan membuatkannya ingin kembali mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Ini terpancar daripada karya-karya syairnya yang lebih menjurus kepada ketuhanan. Terutamanya karya beliau yang mana ada sesetengah orang yang menganggapnya doa Abu Nawas kepada Tuhannya (versi syair penuh):
الهي لست للفردوس اهلا * ولا اقوى على نار الجحيم
فهب لي توبة واغفر ذنوبي * فإنك غافر الذنب العظيم
ذنوبي مثل اعداد الرمال * فهب لي توبة يا ذا الجلال
وعمري ناقص فى كل يوم * وذنبي زائد كيف احتمالي
 الهي عبدك العاصى اتاك * مقرا بالذنوب و قد دعاك
فإن تغفر فأنت لذاك اهل * وان تطرد فمن يرجو سواك
"Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu,*  Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku  *  Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai  *  Terimalah taubatku Tuhan Yang Maha Tinggi
  Dan usiaku yang berkurangan setiap hari  *  Sementara dosa-dosaku kian bertambah
 Ya Tuhanku, hambaMu yang berdosa ini datang kepadaMU  *  Yang berbuat maksiat dan telah berdoa kepadaMu
Sesungguhnya ampunan itu hakMu  *  Dan jika bukan kepadaMu siapa lagi aku berharap".

Dalam renungan aku, bait-bait yang dilafazkan adalah bait-bait syair... tiada orang yang menguasai semua aspek kehidupan lebih-lebih lagi dalam keperihalan agama dan kerana itulah manusia diciptakan dengan pelbagai rupa, bahasa dan bangsa... dan kerana itulah wujudnya ahli hadis, ahli fekah dan lain-lain ilmuan dalam bidang-bidang tertentu... Dari satu sudut pandangan, kata-kata (zikir)itu menggambarkan bahawa betapa merendah dirinya dia dengan menginsafi kehidupan laghanya terutama pada masa muda. Itu bukan bererti beliau menolak syurga... bahkan bait-bait syair itu menggambarkan betapa beliau berasa hina diri dan mengharapkan pengampunan Allah S.W.T dengan sebenar-benar penyesalan... kenapa perlu dipertikai suara hati hamba pada Yang Penciptanya..?

Abu Nawas menangis ketika menyaksikan matahari tenggelam kerana dia menyadari bahawa manusia hidup di dunia ini dapat di ibaratkan seperti sinaran matahari. Namun jarang sekali kita mahu merenungkan tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T dan mengambil pelajaran dari peristiwa demi peristiwa yang terjadi dalam hidup kita. Suasana senja agak menyenangkan dan warna langit menjadi sangat indah. Sehingga ramai manusia yang terlena oleh keindahannya. Mereka tidak menyadari bahawa sebentar lagi matahari akan tenggelam dan kegelapan malam pun akan segera menyelimuti alam. Kecuali orang yang sedar dan telah menyiapkan diri agar tidak meraba-raba dan tercari-cari di tengah kepekatan malam.

Baginda Rasulullah S.A.W menangis hingga bergoncang dadanya dan janggutnya basah oleh air mata ketika menerima wahyu yang berbunyi : ”Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi serta silih bergantinya siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk mahupun berbaring, dan mereka yang merenungkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata : ‘Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini semua dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa api neraka.’ ” (QS. Ali – Imran : 190 – 191)

Ketika Bilal bin Rabbah, muadzin yang terkenal pada zaman Rasulullah datang menegur, ”Mengapa engkau menangis wahai Rasulullah? Padahal Allah S.W.T telah mengampuni dosa-dosamu yang lalu dan yang akan datang?” Rasulullah pun menjawab, ”Bukankah aku belum menjadi hambaNya yang bersyukur ? Aku menangis kerana tadi malam telah turun wahyu kepadaku yang bunyinya : ‘Celakalah orang-orang yang membaca ayat ini kemudian tidak mahu merenungkannya.’

Tika dan saat ini, Rasulullah S.A.W dan Abu Nawas sudah tiada, namun banyak tauladan boleh dijadikan renungan. Sudahkah kita menjadi hamba yang bersyukur dan menyedari keberadaan kita di dunia ini apatah lagi di akhirat sana sekaligus menunaikan kewajiban kita selaku hamba terhadap Rabbul Izzati.

Pandanganku bahawa zikir ini tiada masalah untuk dialunkan dikuatkan lagi dengan pandangan Ustaz Azhar Idrus sepertimana yang dinyatakan di dalam video di bawah. Renung-renungkan video di bawah, walaupun ada perselisihan sumber namun tiada penolakan atau kutukan terhadap syair tersebut yang mana pada kita hari ini menganggapnya sebagai satu zikir/doa munajat seorang hamba pada Yang Maha Esa...
 

Insya-Allah... Semoga kita mendapat manfaat yang lebih baik... Wallahu'alam... Dan sesungguhnya Allah S.W.T itu lebih Maha Mengetahui dari hamba-hambaNya... Maaf sekiranya ada salah kata yang tidak enak di dengar dan menyinggung sesiapa/mana-mana pihak...

No comments:

Post a Comment