Wednesday, 11 April 2012

Bila Quran Mula Berbicara

Nukilan syair ini diberikan oleh insan bergelar isteri kepadaku yang menjadi pesanan dan ingatan buat diriku. Ingin daku berkongsi bersama rakan pembaca. Diolah sedikit bagi bersesuaian dengan gaya bahasa:

Sewaktu engkau masih  kecil... 
Aku laksana sahabat sejati pemberian Ilahi
Dengan berwudhu’ aku kau sentuhi

Dengan tulus Aku kau pelajari
Dengan tenang Aku kau cuba kenali

Dengan mudah Aku telah engkau fahami
Dibaca Aku olehmu dengan lirih setiap hari
Setelah selesai penuh mesra Aku kau kucupi

Setelah engkau meningkat dewasa...

Aku umpama simpanan usang tidak bersentuh
Tidak bisa tersemat kerinduanmu padaku dengan utuh
Apakah Aku sekadar kitab tuamu yang lusuh...?
Padamu, mungkinkah Aku sekadar buku lama tinggalan sejarah

Atau sekadar bacaan anak-anak kecil yang baru kenal erti amarah..?
Yang kau lupa, padaku terkandung pelbagai teladan surah
Kini, Aku kau simpan dengan begitu rapi

Dengan tanpa rasa sayang ku disingkir dengan alasan bertapi
Sehingga kau gantikan fadhilat bacaanku dengan rasa sepi

Seringkali ku dijadikan mas kahwin tanda kau punya taqwa

Agar kau tidak menjadi bahan tawa oleh keluarga mertua

Cukup padamu sekadar ke majlis diriku dihias dan dibawa
Terkadangkala kudijadikan penangkal bagi menjauhi iblis dan syaitan

Sedangkan kau sendiri sering terlupa aku sarat dengan peringatan,

Bolehkah begitu kau jadikan Aku sandaran keselamatan...?


Dahulu...

Halamanku tatapanmu, surahku lagu merdu buatmu

Bukan hanya sesekali diruang rumahmu aku bertamu

Tak kira pagi mahupun malam engkau tidak berasa jemu

Kini...

Senaskah akhbar jadi bacaan, secawan kopi jadi santapan

Dimasa lapangmu pula karangan manusia menjadi tatapan

Sedangkan kata-kata Allah Azzawajalla hanya kau simpan

Kerapkali aku tersingkir, dalam kesepian sendirian aku berzikir

Entah berapa kali sehari aku hadir dalam benakmu yang berfikir
Ku khuatiri kelak engkau akan jadi insan yang sangat fakir

Tanpa kalimah Bismillah hari mu dimulakan

Laju kau memecut kenderaan lain tak diendahkan

Disulami pagimu dengan alunan muzik mengasyikkan

Tiada satupun ayatku engkau bisikkan

Mungkin dengan hal duniawi engkau kesibukan

Sampaikan begitu sukar kalimahku untuk kau alunkan

Benarlah dugaanku Aku telah engkau lupakan


Pabila malam tiba...

Engkau bersengkang mata menonton gusti dan bola

Mungkin kau terlupa erti penat dan lelah

Tetapi untuk membaca Aku pelbagai alasan kau olah

Di depan komputer jarimu tega menari

Dengan mudah matamu ligat mencari-cari
Berita murahan jua pada rohanimu yang kau beri


Seingatku...

Beberapa ketika engkau mencari dan memerlukanku
Itupun hanya beberapa lembar dariku
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun merangkak-rangkak ketika membacaku
Itupun hanya di awal Ramadhan dan di waktu kematian saudaramu

Di kubur engkau sendirian menunggu sehingga kiamat tiba
Malaikat suruhan-Nya datang membawa rugi ataupun laba

Di saat engkau merasakan ketakutan dan hiba
Apakah TV, radio, komputer atau hiburan dapat membantu...?

Aku yakin, tanpa ayat-ayat Allah S.W.T padaku kau mati kutu
Hanya surah-surah ku pelindung dirimu kelak disitu
Itu janji Tuhanmu Yang Satu (Yang Maha Esa.)

Ingatlah sahabatku...

Di Barzakh sana, pemuda tampan nan gagah itulah aku

Menjadi temanmu bagaikan isi dengan kuku
Yang membela dirimu apabila dikau terbaring kaku

Itupun hanya jika beriman dan beramalnya engkau padaku
Kerana itulah aku...
Al-Qur'an, kitab suci yang menjadi amalanmu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Tatanglah Aku  kembali... Tataplah aku kembali...

Luahkan ayat-ayat suciku pada lafazmu

Zahirkan kalimahku pada gerak langkahmu

Bukankah Aku kalimah Tuhanmu Yang Esa...?

Bukankah Aku akhlak Rasulmu yang mulia...?

Tempatkan Aku sepatutnya, bukan disingkir tidak diendah

Agar menjadi pedoman dari kalam-kalam yang indah

Agar dirimu tidak sentiasa dipandang rendah

Oleh Allah S.W.T. apatah lagi musuhmu yang sentiasa gundah


Bacalah dan pelajarilah Aku

Walau secebis cuma ayat dariku

Disetiap pagi mahupun petang harimu

Bagai waktu dahulu sewaktu kecilmu
Usah kau biarkan Aku terus menyepi
Dengan pelbagai alasan bertapi

Agar tidak tanah di telan api...

Semoga menjadi renungan dan tauladan agar kita berterusan secara istiqamah berdampingan dengan mukjizat Rasulullah S.A.W. iaitu Al-Quran. 

No comments:

Post a Comment