Sahabat yang dirahmati Allah,
Sayyidina
Ali k.w. berkata : "Wahai manusia, jagalah wasiatku. Jika kamu
memegangnya erat-erat dengan segala kesiapan sehingga kamu dapat
melaksanakannya, kamu tidak akan dapat keuntungan yang lebih besar
darinya. Wasiat itu adalah:
1.Hendaklah kamu tidak berharap kecuali kepada Allah s.w.t..
2.Hendaklah kamu tidak takut kecuali kepada dosa-dosamu.
3.Hendaklah kamu tidak malu untuk belajar jika tidak tahu.
4.Hendaklah orang yang alim berkata:'Aku tidak tahu, apabila dia memang tidak tahu'.
Sayyidina
Ali k.w. adalah sahabat Rasulullah s.a.w, yang cukup tinggi ilmunya.
Setiap kata-katanya dan wasiatnya mengandungi pengajaran yang cukup
baik dan berkesan. Wasiat tersebut perlu dijadikan panduan dan amalan.
Terdapat empat wasiat beliau, perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :
Pertama :
Hendaklah kamu tidak berharap kecuali kepada Allah s.w.t..
Setiap
Mukmin akan meletakkan pengharapan, pergantungan dan permohonan hanya
kepada Allah s.w.t. Tidak ada sesiapa pun di dunia ini yang boleh
diharapkan untuk memberi bantuan dan pertolongan. Kesemuanya akan tunduk
dan patuh kepada kekuasaan Allah s.w.t.
Firman Allah s.w.t. maksudnya : "Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.” (Surah Al-Ikhlas ayat 2)
Allah
adalah tempat segala makhluk meletakkan pergantungan sepenuhnya. Bukan
bersandarkan pada makhluk lain yang tak lain tak bukan merupakan
ciptaan-Nya juga. Dalam usaha untuk mendekatiNya dan mendapatkan
cintaNya, tiada satu pun yang dapat menolong kita kecuali Allah yang
Satu. Kita boleh berguru dan mendapatkan tunjuk ajar daripada orang
lain, tapi kita kena ingat, soal hidayah adalah urusan Allah
semata-mata.
Meletakkan
pergantungan hanya pada Allah dalam urusan mengenali diri menjadikan
kita menggunakan nikmat akal anugerahNya dengan sepenuhnya. Ini kerana
kita menggunakan akal kita sepenuhnya untuk mengenali dan muhasabah
diri kita sendiri. Menggunakan akal dengan waras dan pertimbangan yang
bijak bermaksud kita telah meletakkan nafsu jauh di belakang.
Pergantungan pada Allah sahaja dapat menyelamatkan kita dari pelbagai
perkara yang tidak diingini.
Malahan
datangnya pertolongan Allah itu bersyarat. Ia hanya akan datang kepada
mereka yang sudah berusaha menolong agama-Nya. Allah berfirman
maksudnya : “Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama)
Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu,” (Surah
Muhammad ayat 7)
Jadi
jangan berharap pertolongan Allah akan muncul kalau kita tidak pernah
berusaha menolong agama-Nya. Pertolongan Allah menuntut pengorbanan dan
keikhlasan dalam bekerja melaksanakan amal Islami.
Kedua :
Hendaklah kamu tidak takut kecuali kepada dosa-dosamu.
Perasaan
yang paling agung adalah ketakutan kepada Allah s.w.t.; takut akan
siksaan dan kekuasaan-Nya. Allah s.w.t.berfirman maksudnya : "Oleh
karena itu, hendaklah yang menyimpang dari perintahNya merasa takut
akan ditimpa cobaan atau azab yang pedih. (Surah an-Nur ayat 63).
Diriwayatkan,
Rasulullah saw. menemui seorang anak muda yang sedang menjelang
ajalnya. Baginda bertanya,”Bagaimana engkau mendapati dirimu?”Anak muda
itu menjawab,”Aku berharap kepada Allah, ya Rasulullah, dan takut akan
dosa-dosaku.”
Baginda
pun bersabda maksudnya : ”Keduanya tidak berkumpul pada hati seorang
hamba di tempat ini melainkan Allah memberinya apa yang ia harapkan dan
menenteramkannya dari apa yang ia takutkan.”
Sesiapa
yang tidak merasai takut apabila melakukan dosa sebenarnya hatinya
penuh dengan selaput hitam dan hati tersebut berpenyakit. Hati yang
berpenyakit ini sudah tidak sensitif dan menjadi kebas dan akan membawa
tuan punya diri semakin jauh dengan Allah dan hampir kepada
siksaan-Nya.
Dari
Abu Hurairah dikatakan bahwa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : ”Semua
mata pada hari kiamat menangis kecuali mata yang berpaling dari hal-hal
yang diharamkan Allah; mata yang terjaga di jalan Allah; mata yang
seolah-olah akan keluar (dari kelopaknya) kerana begitu takutnya kepada
Allah.”
At-Tirmidzi
mengeluarkan hadis sahih dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah s.a.w.
bersabda maksudnya : ”Tidak akan masuk Neraka seseorang yang menangis
karena takut kepada Allah sampai air susu kembali pada teteknya.”
Ketiga :
Hendaklah kamu tidak malu untuk belajar jika tidak tahu.
Nabi s.a.w bersabda yang maksudnya, ”Barangsiapa menuntut ilmu bererti menuntut jalan ke Syurga”.(Hadis Riwayat Muslim)
Bagi
orang Islam Syurga adalah ganjaran paling tertinggi dan paling
dikehendaki. Maka mereka yang belajar ilmu sebelum mendapat ganjaran
akhirat di dunia lagi dijanjikan dengan janji sentiasa mendapat
perlindungan sayap malaikat kerana redha dengan apa yang mereka lakukan.
Malah kelebihan belajar ini diperkukuh dengan hadis riwayat Ibn Abdul
Barr dan Ibn Majah, Nabi s.a.w bersabda maksudnya, “Belajar satu bab
daripada ilmu lebih baik dari sembahyang (sunat) seratus rakaat”.
Orang
Mukmin tidak akan malu untuk menuntut ilmu kerana betapa besarnya
manfaat dan pahala yang dikurniakan oleh Allah s.w.t kepada penuntut
ilmu.
Walaupun
kita ummat Islam disuruh untuk memiliki sifat malu, namun dalam bab
menuntut ilmu dan menyatakan yang haq kita seharusnya tidak terlalu
dikongkong malu. Malah, wanita-wanita ketika zaman Rasulullah s.a.w.
tidak menghalangi diri mereka dari bertanya dan mendalami ilmu
pengetahuan. Mereka tidak malu dalam menuntut ilmu. Sifat ini wajar
kita contohi. Malah dalam pepatah Melayu juga ada mengatakan bahawa
“Malu bertanya sesat jalan”. Ini menunjukkan bahawa dalam mengeluarkan
diri dari kejahilan dan kekaburan, jangan kita malu untuk bertanya dan
menimba ilmu. Selain itu, rasa malu untuk melakukan kebaikan juga
tidak patut ada di dalam diri manusia. Kerana Allah s.w.t. menyuruh
hamba-hambaNya agar berlumba-lumba membuat kebaikan.
Keempat :
Hendaklah orang yang alim berkata:'Aku tidak tahu, apabila dia memang tidak tahu'.
“Sesungguhnya
Allah tidak mencabut ilmu secara langsung daripada manusia, tetapi
mencabutnya dengan mencabut para ulama’. Sehingga apabila tidak ada
lagi seorang ‘alim, masyarakat akan mengangkat ketua-ketua yang jahil
maka ketika orang-orang ini ditanya mereka akan berfatwa tanpa ilmu
lalu mereka akan menjadi sesat dan menyesatkan orang lain”. (Hadis
Riwayat Muslim)
Orang
alim atau ulama' perlulah jujur dalam dia menyampaikan ilmu yang
dimiliki. Jika dia memang arif di dalam satu bidang nyatakan kebenaran
ilmu tersebut tanpa disembunyikan. Tetapi jika dia kurang arif sesuatu
hukum eloklah nyatakan dengan jelas bahawa dia kurang memahaminya dan
minta masa untuk merujuk kepada alim ulama' yang lebih mengetahui
supaya jawapan sesuatu hukum akan dijawab dengan jelas dan dengan
dalili-dalilnya sekali.
Ulama'
dunia akan menyembunyikan sesuatu hukum yang melibatkan periuk nasinya
dan terpaksa mendiamkan diri walaupun maksiat di hadapan matanya.Sikap
ini amat dicela oleh Rasulullah s.w.t kerana ulama' adalah pewaris
para Nabi s.a.w kedudukannya sungguh mulia dihari akhirat nanti apabila
dia jujur dan ikhlas menyampaikan ilmu hak kepada orang ramai.
Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita renungkan dan hayati empat wasiat yang di berikan oleh Sayyidina Ali k.w. untuk panduan kita bersama . Beliau menjamin kita akan mendapat keuntungan yang besar disisi Allah s.w.t apabila dapat melaksanakan wasiat tersebut.
Marilah sama-sama kita renungkan dan hayati empat wasiat yang di berikan oleh Sayyidina Ali k.w. untuk panduan kita bersama . Beliau menjamin kita akan mendapat keuntungan yang besar disisi Allah s.w.t apabila dapat melaksanakan wasiat tersebut.
No comments:
Post a Comment