Friday, 13 April 2012

Tanda-tanda Sebelum Ajal Tiba


Artikel ni aku ambik dari blog lama aku yang aku dah nak tutup dan tukar hala tuju blog tue (nak buat bende lain)... gambar je aku tukar, artikel aku copy paste dari blog lama tue... aku tengok ramai juga yang dah publishkan dalam blog termasuklah publishkan dalam FB (pagi tadi ternampak kat FB) apapun semoga menjadi tatapan semua dan menjadi satu perkongsian yang bermanfaat...



Tanda 100 hari sebelum hari mati - Ini adalah tanda pertama dari Allah SWT kepada hamba-Nya dan hanya akan disedari oleh mereka yang dikehendaki-Nya. Walaubagaimanapun, semua orang Islam akan mendapat tanda ini cuma sama ada mereka sedar atau tidak. Tanda ini akan berlaku lazimnya selepas waktu Asar. Seluruh tubuh iaitu dari hujung rambut sehingga ke hujung kaki akan mengalami getaran atau seakan-akan menggigil. Ianya boleh diumpamakan seperti lembu yang baru saja disembelih di mana jika diperhatikan dengan teliti kita akan mendapati daging tersebut seakan-akan bergetar. 
     Tanda ini rasanya lazat dan bagi mereka yang sedar dan berdetik di hati bahawa mungkin ini adalah tanda mati maka getaran ini akan berhenti dan hilang setelah kita sedar akan kehadiran tanda ini. Bagi mereka yang tidak diberi kesedaran atau mereka yang hanyut dengan kenikmatan tanpa memikirkan soal kematian, tanda ini akan lenyap begitu sahaja tanpa sebarang manfaat. Bagi yang sedar dengan kehadiran tanda ini, maka ini adalah peluang terbaik untuk memanfaatkan masa yang ada untuk mempersiapkan diri dengan amalan dan urusan yang akan dibawa atau ditinggalkan sesudah mati

Tanda 40 hari sebelum hari mati - Tanda ini juga akan berlaku sesudah waktu Asar. Bahagian pusat kita akan berdenyut-denyut. Pada ketika ini daun yang tertulis nama kita akan gugur dari pokok yang letaknya di atas Arash Allah S.W.T. Maka malaikat maut akan mengambil daun tersebut dan mula membuat persediaannya ke atas kita, antaranya ialah ia akan mula mengikuti kita sepanjang masa. Juga akan terjadi malaikat maut ini akan memperlihatkan wajahnya sekilas lalu dan jika ini terjadi, mereka yang terpilih ini akan merasakan seakan-akan bingung seketika. Adapun malaikat maut ini wujudnya cuma seorang tetapi kuasanya untuk mencabut nyawa adalah bersamaan dengan jumlah nyawa yang akan dicabutnya.

Tanda 7 hari sebelum hari mati - Adapun tanda ini akan diberikan hanya kepada mereka yang diuji dengan musibah kesakitan di mana orang sakit yang tidak makan, secara tiba-tiba berselera untuk makan. 

Tanda 3 hari sebelum hari mati - Pada ketika ini akan terasa denyutan di bahagian tengah dahi kita iaitu di antara dahi kanan dan kiri. Jika tanda ini dapat dikesan maka berpuasalah kita selepas itu supaya perut kita tidak mengandungi banyak najis dan ini akan memudahkan urusan orang yang akan memandikan kita nanti. Ketika ini juga mata hitam kita tidak akan bersinar lagi dan bagi orang yang sakit hidungnya akan perlahan-lahan jatuh dan ini dapat dikesan jika kita melihatnya dari bahagian sisi. Telinganya akan layu di mana bahagian hujungnya akan beransur-ansur masuk ke dalam. Telapak kakinya yang terlunjur akan perlahan-lahan jatuh ke depan dan sukar ditegakkan.

Tanda sehari sebelum hari mati - Akan berlaku sesudah waktu Asar di mana kita akan merasakan satu denyutan di sebelah belakang iaitu di kawasan ubun-ubun di mana ini menandakan kita tidak akan sempat untuk menemui waktu Asar keesokan harinya.

Tanda akhir sebelum mati - Akan berlaku keadaan di mana kita akan merasakan satu keadaan sejuk di bahagian pusat dan ianya akan turun ke pinggang dan seterusnya akan naik ke bahagian halkum. Ketika ini hendaklah kita terus mengucap kalimah syahadah dan berdiam diri dan menantikan kedatangan malaikat maut untuk menjemput kita kembali kepada Allah S.W.T yang telah menghidupkan kita dan sekarang akan mematikan kita pula. Allah S.W.T berfirman mahfumnya “Katakanlah (wahai Muhammad); Nyawa kamu akan diambil oleh Malaikat Maut yang ditugaskan berbuat demikian ketika habis ajal kamu, kemudian kamu akan dikembalikan kepada Tuhan kamu (untuk menerima balasan)” As Sajadah-Ayat11.

Insya-Allah wahai para sahabat dan pembaca sekalian, marilah sama-sama kita perbaiki diri sebelum ajal menjemput kita buat selama-lamanya. Sesunguhnya ajal maut itu di tangan Allah S.W.T dan hanya Dia jua yang mengetahuinya dengan lebih arif kerana Dialah yang lebih Maha Mengetahui...

7 Sunnah Rasulullah

7 Sunnah Rasulullah yang sebainya di jaga setiap hari.. Perkongsian ini di ambil daripada facebook seorang kawan sekolah menengah.. Perkongsian untuk semua umat manusia, tidak kiralah yang beragama Islam mahupun bukan. 

Semoga Baginda Muhammad S.A.W menjadi ikutan dan contoh kehidupan kita... Sepertimana yang kita sedia maklum, Rasulullah S.A.W  adalah contoh utama pembentukan akhlak. Dalam sebuah hadith, Baginda S.A.W bersabda, 'Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia'. ( Riwayat Ahmad ).

Sekiranya nilai positif dapat diamalkan maka akan lahirlah sebuah masyarakat yang aman, damai, harmoni dan diselubungi roh Islam. Insya-Allah...

Zikir 'Itiroof (Ilahi Las Tulil Firdausi..)


Tentu ramai daripada kita yang pernah melafazkan apa yang kita panggil zikir ini, acapkali mungkin sebelum solat, selepas solat dan pada waktu-waktu tertentu. Lafaz yang kita kerap dengari terutamanya di Malaysia mungkin berbunyi begini:


الهي لست للفردوس اهلا * ولا اقوى على نار الجحيم
الهي لست للفردوس اهلا * ولا اقوى على نار الجحيم
فهب لي توبة واغفر ذنوبي * فإنك غافر الذنب العظيم
"Tuhanku aku tidak layak untuk syurgaMu
Tetapi aku tidak pula sanggup menanggung seksa nerakaMu.
Dari itu kurniakanlah ampunan kepadaku, ampunkanlah dosaku,
Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar."

Terdapat individu yang menidakkan atau dengan kata lain mengatakan bahawa ianya adalah bida'ah. Ada yang kata menolak syurgalah, zikir karutlah dan tidak seiringan dengan ajaran islamlah. Bahkan ada pula ahli agama yang merendah-rendahkannya. Adakah benar kata-kata tersebut..? Ahli agama tue yang kata... Aku menjadi tertanya-tanya apatah lagi apabila bapa mertuaku pulang dari kuliah agama di masjid dengan menceritakan isu berkaitan yang mana ia tidak boleh dialunkan sama sekali. erm...

Mengikut ilmu aku yang cetek ni, dan rujukan daripada beberapa sumber, sebenarnya kalimah atau yang dikenali dengan nama Zikir I'tiroof itu asalnya dari Abu Nawas yang mana beliau merupakan penyair yang agak terkenal pada zamannya. Meskipun Abu Nawas lebih terkenal dengan peribadi yang melucukan dan sering kisahnya mengundang tawa, sebenarnya adalah orang yang baik hati dan sangat jujur. Kalimat-kalimat diatas adalah bentuk pengakuan dirinya atas semua dosa-dosa yang telah ia perbuat semasa mudanya, semasa hidupnya hanyut dengan duniawi. Ketika Ia menyedari usianya yang semakin senja, apatah lagi dengan pengalaman pernah dipenjarakan membuatkannya ingin kembali mengabdikan diri kepada Allah S.W.T. Ini terpancar daripada karya-karya syairnya yang lebih menjurus kepada ketuhanan. Terutamanya karya beliau yang mana ada sesetengah orang yang menganggapnya doa Abu Nawas kepada Tuhannya (versi syair penuh):
الهي لست للفردوس اهلا * ولا اقوى على نار الجحيم
فهب لي توبة واغفر ذنوبي * فإنك غافر الذنب العظيم
ذنوبي مثل اعداد الرمال * فهب لي توبة يا ذا الجلال
وعمري ناقص فى كل يوم * وذنبي زائد كيف احتمالي
 الهي عبدك العاصى اتاك * مقرا بالذنوب و قد دعاك
فإن تغفر فأنت لذاك اهل * وان تطرد فمن يرجو سواك
"Wahai Tuhan, ku tak layak ke syurgaMu,*  Namun tak pula aku sanggup ke nerakaMu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku  *  Sesungguhnya Engkaulah pengampun dosa-dosa besar
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai  *  Terimalah taubatku Tuhan Yang Maha Tinggi
  Dan usiaku yang berkurangan setiap hari  *  Sementara dosa-dosaku kian bertambah
 Ya Tuhanku, hambaMu yang berdosa ini datang kepadaMU  *  Yang berbuat maksiat dan telah berdoa kepadaMu
Sesungguhnya ampunan itu hakMu  *  Dan jika bukan kepadaMu siapa lagi aku berharap".

Dalam renungan aku, bait-bait yang dilafazkan adalah bait-bait syair... tiada orang yang menguasai semua aspek kehidupan lebih-lebih lagi dalam keperihalan agama dan kerana itulah manusia diciptakan dengan pelbagai rupa, bahasa dan bangsa... dan kerana itulah wujudnya ahli hadis, ahli fekah dan lain-lain ilmuan dalam bidang-bidang tertentu... Dari satu sudut pandangan, kata-kata (zikir)itu menggambarkan bahawa betapa merendah dirinya dia dengan menginsafi kehidupan laghanya terutama pada masa muda. Itu bukan bererti beliau menolak syurga... bahkan bait-bait syair itu menggambarkan betapa beliau berasa hina diri dan mengharapkan pengampunan Allah S.W.T dengan sebenar-benar penyesalan... kenapa perlu dipertikai suara hati hamba pada Yang Penciptanya..?

Abu Nawas menangis ketika menyaksikan matahari tenggelam kerana dia menyadari bahawa manusia hidup di dunia ini dapat di ibaratkan seperti sinaran matahari. Namun jarang sekali kita mahu merenungkan tanda-tanda kebesaran Allah S.W.T dan mengambil pelajaran dari peristiwa demi peristiwa yang terjadi dalam hidup kita. Suasana senja agak menyenangkan dan warna langit menjadi sangat indah. Sehingga ramai manusia yang terlena oleh keindahannya. Mereka tidak menyadari bahawa sebentar lagi matahari akan tenggelam dan kegelapan malam pun akan segera menyelimuti alam. Kecuali orang yang sedar dan telah menyiapkan diri agar tidak meraba-raba dan tercari-cari di tengah kepekatan malam.

Baginda Rasulullah S.A.W menangis hingga bergoncang dadanya dan janggutnya basah oleh air mata ketika menerima wahyu yang berbunyi : ”Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi serta silih bergantinya siang dan malam terdapat tanda-tanda (kebesaran Allah) bagi orang-orang yang berakal. Iaitu orang-orang yang mengingati Allah sambil berdiri atau duduk mahupun berbaring, dan mereka yang merenungkan tentang penciptaan langit dan bumi seraya berkata : ‘Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini semua dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari seksa api neraka.’ ” (QS. Ali – Imran : 190 – 191)

Ketika Bilal bin Rabbah, muadzin yang terkenal pada zaman Rasulullah datang menegur, ”Mengapa engkau menangis wahai Rasulullah? Padahal Allah S.W.T telah mengampuni dosa-dosamu yang lalu dan yang akan datang?” Rasulullah pun menjawab, ”Bukankah aku belum menjadi hambaNya yang bersyukur ? Aku menangis kerana tadi malam telah turun wahyu kepadaku yang bunyinya : ‘Celakalah orang-orang yang membaca ayat ini kemudian tidak mahu merenungkannya.’

Tika dan saat ini, Rasulullah S.A.W dan Abu Nawas sudah tiada, namun banyak tauladan boleh dijadikan renungan. Sudahkah kita menjadi hamba yang bersyukur dan menyedari keberadaan kita di dunia ini apatah lagi di akhirat sana sekaligus menunaikan kewajiban kita selaku hamba terhadap Rabbul Izzati.

Pandanganku bahawa zikir ini tiada masalah untuk dialunkan dikuatkan lagi dengan pandangan Ustaz Azhar Idrus sepertimana yang dinyatakan di dalam video di bawah. Renung-renungkan video di bawah, walaupun ada perselisihan sumber namun tiada penolakan atau kutukan terhadap syair tersebut yang mana pada kita hari ini menganggapnya sebagai satu zikir/doa munajat seorang hamba pada Yang Maha Esa...
 

Insya-Allah... Semoga kita mendapat manfaat yang lebih baik... Wallahu'alam... Dan sesungguhnya Allah S.W.T itu lebih Maha Mengetahui dari hamba-hambaNya... Maaf sekiranya ada salah kata yang tidak enak di dengar dan menyinggung sesiapa/mana-mana pihak...

Thursday, 12 April 2012

Menjadi Lebih Baik Daripada Iblis.... Mari Bertaubat...

Telah diterangkan bahawa sesungguhnya Iblis telah datang berjumpa dengan Nabi Musa a.s. dengan berkata: "Wahai Musa, engkau adalah seorang yang telah diutus oleh Allah s.w.t. dan Dia telah berkata-kata denganmu secara langsung." Kemudian Nabi Musa a.s. berkata: "Memang benar apa yang kamu kata, kamu ini siapa dan apa yang kamu mahu dariku? Lalu berkata Iblis: "Aku adalah Iblis! Wahai Musa aku mau kamu tolong katakan kepada Tuhanmu bahawa seorang makhluk-Nya ingin minta taubat kepadaNya." Lalu Nabi Musa a.s. berdoa kepada Allah s.w.t. dan menyampaikan apa yang diucap oleh Iblis, kemudian Allah s.w.t. pun menurunkan wahyu yang bermaksud: "Wahai Musa, katakan padanya bahawa sesungguhnya Aku berkenan menerima permohonannya itu dengan syarat mestilah terlebih dahulu dia (Iblis) sujud di kubur Adam, kalau dia mahu sujud maka aku sedia mengampuni segala dosanya."


Setelah Nabi Musa a.s. menerima wahyu dari Allah s.w.t. maka Nabi Musa a.s. pun terus memberitahu Iblis tentang apa yang telah Allah perintahkan. Sebaik sahaja selesai Nabi Musa a.s. memberitahu segala perintah Allah s.w.t. maka dengan sombong dan bongkak Iblis berkata: "Wahai Musa, aku tidak sujud pada Adam ketika dia hidup di syurga, bagaimana aku hendak sujud padanya sesudah dia mati." Begitulah sifat sombong Iblis yang tetap dengan kedegilannya, walaupun dia tahu bahawa api neraka itu akan memakannya tapi dia tetap tidak mahu beriman pada Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t yang bermaksud: "Dan bertaubatlah kamu semua wahai orang-orang  mukmin mudah-mudahan kamu semua beroleh kejayaan." Surah an-Nur, ayat 31

Semua manusia tidak sunyi daripada melakukan maksiat dan kesalahan. Sesungguhnya orang sempurna itu ialah bukan orang tidak pernah melakukan kesalahan atau dosa, tetapi orang yang sempurna itu ialah orang yang apabila tersalah melakukan maksiat tetapi segera memohon keampunan daripada Allah s.w.t. Dosa adalah penyakit batin yang apabila tidak diubati dan dirawat dengan segera ia boleh membawa kemudharatan kepada iman dan akidah seseorang. Apabila ia dibiarkan tanpa rawatan (taubat) maka ia akan menjadi semakin parah dan susah untuk dirawati. Sesungguhnya makhluk Allah s.w.t yang tidak berdosa hanyalah malaikat dan rasul sahaja. Oleh yang demikian, marilah kita sama-sama bertaubat.

Mengikut Manhaj Salaf as-Soleh, antara syarat-syarat taubat yang wajib dipenuhi agar taubat di terima oleh Allah Azza wa-Jalla ialah:
1. Berazam dan bertekad meninggalkan (tidak mengulangi) perbuatan dosa itu.
2. Menyesali dan berduka di dalam hati terhadap perbuatan dosa yang dibuat.
3. Bersegera meninggalkan dosa yang telah dilakukan semata-mata kerana Allah.
4. Jika dosa yang dilakukan berkaitan dengan orang lain, syaratnya ia wajib membebaskan dirinya dari hak yang bukan miliknya untuk dikembalikan kepada yang berhak atau minta dihalalkan, ini bererti jika berupa harta benda wajib dikembalikan. Jika berupa fitnah, ghibah (umpatan), penghinaan, cacian, kutukan, laknat dan kezaliman, maka wajib meminta maaf daripada orang tersebut terutama terhadap kezaliman yang dilakukan kepadanya.

Allah s.w.t. jua lebih mengetahui..

Wednesday, 11 April 2012

Pahlawan Neraka...?

Suatu hari satu pertempuran telah berlaku di antara pihak Islam dengan pihak Musyrik. Kedua-dua belah pihak berjuang dengan hebat untuk mengalahkan antara satu sama lain. Tiba saat pertempuran itu diberhentikan seketika dan kedua-dua pihak pulang ke markas masing-masing. Di sana Nabi Muhammad s.a.w. dan para sahabat telah berkumpul membincangkan tentang pertempuran yang telah berlaku itu. Peristiwa yang baru mereka alami itu masih terbayang-bayang di ruang mata. Dalam perbincangan itu, mereka begitu kagum dengan salah seorang dari sahabat mereka iaitu, Qotzman. Semasa bertempur dengan musuh, dia kelihatan seperti seekor singa yang lapar membaham mangsanya. Dengan keberaniannya itu, dia telah menjadi buah mulut ketika itu.

  "Tidak seorang pun di antara kita yang dapat menandingi kehebatan Qotzman," kata salah seorang sahabat. Mendengar perkataan itu,
Rasulullah s.a.w. pun menjawab, "Sebenarnya dia itu adalah golongan penduduk neraka." Para sahabat menjadi hairan mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Bagaimana seorang yang telah berjuang dengan begitu gagah menegakkan Islam boleh masuk dalam neraka. Para sahabat berpandangan antara satu sama lain apabila mendengar jawapan Rasulullah s.a.w. itu. Rasulullah s.a.w. sedar para sahabatnya tidak begitu percaya dengan ceritanya, lantas Baginda s.a.w. berkata, "Semasa Qotzman dan Aktsam keluar ke medan perang bersama-sama, Qotzman telah mengalami luka parah akibat ditikam oleh pihak musuh. Badannya dipenuhi dengan darah. Dengan segera Qotzman meletakkan pedangnya ke atas tanah, manakala mata pedang itu pula dihadapkan ke dadanya. Lalu dia terus membenamkan mata pedang itu ke dalam dadanya."

  "Dia melakukan perbuatan itu adalah kerana dia tidak tahan menanggung kesakitan akibat dari luka yang dialaminya. Akhirnya dia mati bukan kerana berlawan dengan musuhnya, tetapi membunuh dirinya sendiri. Melihatkan keadaannya yang parah, ramai orang menyangka yang dia akan masuk syurga. Tetapi dia telah menunjukkan dirinya sebagai penduduk neraka." Menurut
Rasulullah s.a.w. lagi, sebelum dia mati, Qotzman ada mengatakan, katanya, "Demi Allah aku berperang bukan kerana agama tetapi hanya sekadar menjaga kehormatan kota Madinah supaya tidak dihancurkan oleh kaum Quraisy. Aku berperang hanyalah untuk membela kehormatan kaumku. Kalau tidak kerana itu, aku tidak akan berperang."
Riwayat ini telah dirawikan oleh Luqman Hakim.

Bila Quran Mula Berbicara

Nukilan syair ini diberikan oleh insan bergelar isteri kepadaku yang menjadi pesanan dan ingatan buat diriku. Ingin daku berkongsi bersama rakan pembaca. Diolah sedikit bagi bersesuaian dengan gaya bahasa:

Sewaktu engkau masih  kecil... 
Aku laksana sahabat sejati pemberian Ilahi
Dengan berwudhu’ aku kau sentuhi

Dengan tulus Aku kau pelajari
Dengan tenang Aku kau cuba kenali

Dengan mudah Aku telah engkau fahami
Dibaca Aku olehmu dengan lirih setiap hari
Setelah selesai penuh mesra Aku kau kucupi

Setelah engkau meningkat dewasa...

Aku umpama simpanan usang tidak bersentuh
Tidak bisa tersemat kerinduanmu padaku dengan utuh
Apakah Aku sekadar kitab tuamu yang lusuh...?
Padamu, mungkinkah Aku sekadar buku lama tinggalan sejarah

Atau sekadar bacaan anak-anak kecil yang baru kenal erti amarah..?
Yang kau lupa, padaku terkandung pelbagai teladan surah
Kini, Aku kau simpan dengan begitu rapi

Dengan tanpa rasa sayang ku disingkir dengan alasan bertapi
Sehingga kau gantikan fadhilat bacaanku dengan rasa sepi

Seringkali ku dijadikan mas kahwin tanda kau punya taqwa

Agar kau tidak menjadi bahan tawa oleh keluarga mertua

Cukup padamu sekadar ke majlis diriku dihias dan dibawa
Terkadangkala kudijadikan penangkal bagi menjauhi iblis dan syaitan

Sedangkan kau sendiri sering terlupa aku sarat dengan peringatan,

Bolehkah begitu kau jadikan Aku sandaran keselamatan...?


Dahulu...

Halamanku tatapanmu, surahku lagu merdu buatmu

Bukan hanya sesekali diruang rumahmu aku bertamu

Tak kira pagi mahupun malam engkau tidak berasa jemu

Kini...

Senaskah akhbar jadi bacaan, secawan kopi jadi santapan

Dimasa lapangmu pula karangan manusia menjadi tatapan

Sedangkan kata-kata Allah Azzawajalla hanya kau simpan

Kerapkali aku tersingkir, dalam kesepian sendirian aku berzikir

Entah berapa kali sehari aku hadir dalam benakmu yang berfikir
Ku khuatiri kelak engkau akan jadi insan yang sangat fakir

Tanpa kalimah Bismillah hari mu dimulakan

Laju kau memecut kenderaan lain tak diendahkan

Disulami pagimu dengan alunan muzik mengasyikkan

Tiada satupun ayatku engkau bisikkan

Mungkin dengan hal duniawi engkau kesibukan

Sampaikan begitu sukar kalimahku untuk kau alunkan

Benarlah dugaanku Aku telah engkau lupakan


Pabila malam tiba...

Engkau bersengkang mata menonton gusti dan bola

Mungkin kau terlupa erti penat dan lelah

Tetapi untuk membaca Aku pelbagai alasan kau olah

Di depan komputer jarimu tega menari

Dengan mudah matamu ligat mencari-cari
Berita murahan jua pada rohanimu yang kau beri


Seingatku...

Beberapa ketika engkau mencari dan memerlukanku
Itupun hanya beberapa lembar dariku
Dengan suara dan lafadz yang tidak semerdu dulu
Engkaupun merangkak-rangkak ketika membacaku
Itupun hanya di awal Ramadhan dan di waktu kematian saudaramu

Di kubur engkau sendirian menunggu sehingga kiamat tiba
Malaikat suruhan-Nya datang membawa rugi ataupun laba

Di saat engkau merasakan ketakutan dan hiba
Apakah TV, radio, komputer atau hiburan dapat membantu...?

Aku yakin, tanpa ayat-ayat Allah S.W.T padaku kau mati kutu
Hanya surah-surah ku pelindung dirimu kelak disitu
Itu janji Tuhanmu Yang Satu (Yang Maha Esa.)

Ingatlah sahabatku...

Di Barzakh sana, pemuda tampan nan gagah itulah aku

Menjadi temanmu bagaikan isi dengan kuku
Yang membela dirimu apabila dikau terbaring kaku

Itupun hanya jika beriman dan beramalnya engkau padaku
Kerana itulah aku...
Al-Qur'an, kitab suci yang menjadi amalanmu
Yang senantiasa setia menemani dan melindungimu.

Tatanglah Aku  kembali... Tataplah aku kembali...

Luahkan ayat-ayat suciku pada lafazmu

Zahirkan kalimahku pada gerak langkahmu

Bukankah Aku kalimah Tuhanmu Yang Esa...?

Bukankah Aku akhlak Rasulmu yang mulia...?

Tempatkan Aku sepatutnya, bukan disingkir tidak diendah

Agar menjadi pedoman dari kalam-kalam yang indah

Agar dirimu tidak sentiasa dipandang rendah

Oleh Allah S.W.T. apatah lagi musuhmu yang sentiasa gundah


Bacalah dan pelajarilah Aku

Walau secebis cuma ayat dariku

Disetiap pagi mahupun petang harimu

Bagai waktu dahulu sewaktu kecilmu
Usah kau biarkan Aku terus menyepi
Dengan pelbagai alasan bertapi

Agar tidak tanah di telan api...

Semoga menjadi renungan dan tauladan agar kita berterusan secara istiqamah berdampingan dengan mukjizat Rasulullah S.A.W. iaitu Al-Quran. 

Monday, 9 April 2012

4 Wasiat Sayyidina Ali k.w.

Sahabat yang dirahmati Allah,
Sayyidina Ali k.w.  berkata : "Wahai manusia, jagalah wasiatku. Jika kamu memegangnya erat-erat dengan segala kesiapan sehingga kamu dapat melaksanakannya, kamu tidak akan dapat keuntungan yang lebih besar darinya. Wasiat itu adalah:

1.Hendaklah kamu tidak berharap kecuali kepada Allah s.w.t..
2.Hendaklah kamu tidak takut kecuali kepada dosa-dosamu.
3.Hendaklah kamu tidak malu untuk belajar jika tidak tahu.
4.Hendaklah orang yang alim berkata:'Aku tidak tahu, apabila dia memang tidak tahu'.

Sayyidina Ali k.w. adalah sahabat Rasulullah s.a.w, yang cukup tinggi ilmunya. Setiap kata-katanya dan wasiatnya mengandungi pengajaran yang cukup baik dan berkesan. Wasiat tersebut perlu dijadikan panduan dan amalan.

Terdapat empat wasiat beliau, perkara-perkara tersebut adalah seperti berikut :

Pertama :
Hendaklah kamu tidak berharap kecuali kepada Allah s.w.t..

Setiap Mukmin akan meletakkan pengharapan, pergantungan dan permohonan hanya kepada Allah s.w.t. Tidak ada sesiapa pun di dunia ini yang boleh diharapkan untuk memberi bantuan dan pertolongan. Kesemuanya akan tunduk dan patuh kepada kekuasaan Allah s.w.t.

Firman Allah s.w.t. maksudnya : "Allah adalah Tuhan yang bergantung kepada-Nya segala sesuatu.” (Surah Al-Ikhlas ayat 2)

Allah adalah tempat segala makhluk meletakkan pergantungan sepenuhnya. Bukan bersandarkan pada makhluk lain yang tak lain tak bukan merupakan ciptaan-Nya juga. Dalam usaha untuk mendekatiNya dan mendapatkan cintaNya, tiada satu pun yang dapat menolong kita kecuali Allah yang Satu. Kita boleh berguru dan mendapatkan tunjuk ajar daripada orang lain, tapi kita kena ingat, soal hidayah adalah urusan Allah semata-mata.

Meletakkan pergantungan hanya pada Allah dalam urusan mengenali diri menjadikan kita menggunakan nikmat akal anugerahNya dengan sepenuhnya. Ini kerana kita menggunakan akal kita sepenuhnya untuk mengenali dan muhasabah diri kita sendiri. Menggunakan akal dengan waras dan pertimbangan yang bijak bermaksud kita telah meletakkan nafsu jauh di belakang. Pergantungan pada Allah sahaja dapat menyelamatkan kita dari pelbagai perkara yang tidak diingini.

Malahan datangnya pertolongan Allah itu bersyarat. Ia hanya akan datang kepada mereka yang sudah berusaha menolong agama-Nya. Allah berfirman maksudnya :  “Wahai orang-orang yang beriman, jika kamu menolong (agama) Allah, niscaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu,” (Surah Muhammad ayat 7)

Jadi jangan berharap pertolongan Allah akan muncul kalau kita tidak pernah berusaha menolong agama-Nya. Pertolongan Allah menuntut pengorbanan dan keikhlasan dalam bekerja melaksanakan amal Islami.

Kedua :
Hendaklah kamu tidak takut kecuali kepada dosa-dosamu.

Perasaan yang paling agung adalah ketakutan kepada Allah s.w.t.; takut akan siksaan dan kekuasaan-Nya. Allah s.w.t.berfirman maksudnya : "Oleh karena itu, hendaklah yang menyimpang dari perintahNya merasa takut akan ditimpa cobaan atau azab yang pedih. (Surah an-Nur ayat 63).

Diriwayatkan, Rasulullah saw. menemui seorang anak muda yang sedang menjelang ajalnya. Baginda bertanya,”Bagaimana engkau mendapati dirimu?”Anak muda itu menjawab,”Aku berharap kepada Allah, ya Rasulullah, dan takut akan dosa-dosaku.”

Baginda pun bersabda maksudnya : ”Keduanya tidak berkumpul pada hati seorang hamba di tempat ini melainkan Allah memberinya apa yang ia harapkan dan menenteramkannya dari apa yang ia takutkan.”

Sesiapa yang tidak merasai takut apabila melakukan dosa sebenarnya hatinya penuh dengan selaput hitam dan hati tersebut berpenyakit. Hati yang berpenyakit ini sudah tidak sensitif dan menjadi kebas dan akan membawa tuan punya diri semakin jauh dengan Allah dan hampir kepada siksaan-Nya.

Dari Abu Hurairah dikatakan bahwa Nabi s.a.w. bersabda maksudnya : ”Semua mata pada hari kiamat menangis kecuali mata yang berpaling dari hal-hal yang diharamkan Allah; mata yang terjaga di jalan Allah; mata yang seolah-olah akan keluar (dari kelopaknya) kerana begitu takutnya kepada Allah.”

At-Tirmidzi mengeluarkan hadis sahih dari Abu Hurairah bahwa Rasulullah s.a.w. bersabda maksudnya : ”Tidak akan masuk Neraka seseorang yang menangis karena takut kepada Allah sampai air susu kembali pada teteknya.”

Ketiga :
Hendaklah kamu tidak malu untuk belajar jika tidak tahu.

Nabi s.a.w bersabda yang maksudnya, ”Barangsiapa menuntut ilmu bererti menuntut jalan ke Syurga”.(Hadis Riwayat Muslim)

Bagi orang Islam Syurga adalah ganjaran paling tertinggi dan paling dikehendaki. Maka mereka yang belajar ilmu sebelum mendapat ganjaran akhirat di dunia lagi dijanjikan dengan janji  sentiasa mendapat perlindungan sayap malaikat kerana redha dengan apa yang mereka lakukan. Malah kelebihan belajar ini diperkukuh dengan hadis riwayat Ibn Abdul Barr dan Ibn Majah, Nabi s.a.w bersabda maksudnya, “Belajar satu bab daripada ilmu lebih baik dari sembahyang (sunat) seratus rakaat”.

Orang Mukmin tidak akan malu untuk menuntut ilmu kerana betapa besarnya manfaat dan pahala yang dikurniakan oleh Allah s.w.t  kepada penuntut ilmu.

Walaupun kita ummat Islam disuruh untuk memiliki sifat malu, namun dalam bab menuntut ilmu dan menyatakan yang haq kita seharusnya tidak terlalu dikongkong malu.  Malah, wanita-wanita ketika zaman Rasulullah s.a.w. tidak menghalangi diri mereka dari bertanya dan mendalami ilmu pengetahuan.  Mereka tidak malu dalam menuntut ilmu.  Sifat ini wajar kita contohi. Malah dalam pepatah Melayu juga ada mengatakan bahawa “Malu bertanya sesat jalan”.  Ini menunjukkan bahawa dalam mengeluarkan diri dari kejahilan dan kekaburan, jangan kita malu untuk bertanya dan menimba ilmu.  Selain itu, rasa malu untuk melakukan kebaikan juga tidak patut ada di dalam diri manusia.  Kerana Allah s.w.t. menyuruh hamba-hambaNya agar berlumba-lumba membuat kebaikan.

Keempat :
Hendaklah orang yang alim berkata:'Aku tidak tahu, apabila dia memang tidak tahu'.

“Sesungguhnya Allah tidak mencabut ilmu secara langsung daripada manusia, tetapi mencabutnya dengan mencabut para ulama’. Sehingga apabila tidak ada lagi seorang ‘alim, masyarakat akan mengangkat ketua-ketua yang jahil maka ketika orang-orang ini ditanya mereka akan berfatwa tanpa ilmu lalu mereka akan menjadi sesat dan menyesatkan orang lain”. (Hadis Riwayat Muslim)

Orang alim atau ulama' perlulah jujur dalam dia menyampaikan ilmu yang dimiliki. Jika dia memang arif di dalam satu bidang nyatakan kebenaran ilmu tersebut tanpa disembunyikan. Tetapi jika dia kurang arif sesuatu hukum eloklah nyatakan dengan jelas bahawa dia kurang memahaminya dan minta masa untuk merujuk kepada alim ulama' yang lebih  mengetahui supaya jawapan sesuatu hukum akan dijawab dengan jelas dan dengan dalili-dalilnya sekali.

Ulama' dunia akan menyembunyikan sesuatu hukum yang melibatkan periuk nasinya dan terpaksa mendiamkan diri walaupun maksiat di hadapan matanya.Sikap ini amat dicela oleh Rasulullah s.w.t kerana ulama' adalah pewaris para Nabi s.a.w kedudukannya sungguh mulia dihari akhirat nanti apabila dia jujur dan ikhlas menyampaikan ilmu hak kepada orang ramai.

Sahabat yang dimuliakan,
Marilah sama-sama kita renungkan dan hayati empat wasiat yang di berikan oleh Sayyidina Ali k.w. untuk panduan kita bersama . Beliau menjamin kita akan mendapat keuntungan yang besar disisi Allah s.w.t apabila dapat melaksanakan wasiat tersebut.

5 Nama Syaitan

Dipetik dari sebuah buku berjudul “Dialog dengan jin muslim” karya Muhammad Isa Dawud. Apa yang nak dikongsikan di sini adalah nama 5 syaitan yang merupakan wakil Iblis untuk menggoda umat manusia.

1) Tsabar
Dia selalu mendatangi orang yang sedang kesusahan atau dilanda musibah seperti kematian, banjir dan sebagainya. Kemudian dia membisikkan dan menyatakan supaya timbul perasaan benci terhadap Allah S.W.T. Kemudian orang yang ditimpa musibah itu marah dan caci maki terhadap ketentuan Allah S.W.T terhadap dirinya.

2) Dasim
Syaitan inilah yang selalu berusaha dengan sekuat tenaganya untuk mengadu domba dan menimbulkan perasaan benci antara satu sama lain di kalangan suami isteri sehingga terjadi perceraian.

3) Al-A’war
Makhluk laknatullah ini adalah specialist dalam urusan terjadinya perzinaan. Anak-anak dia menjadikan tarikan bahagian tubuh kaum wanita ketika mereka keluar rumah, khususnya kaum wanita masakini yang mana betul-betul sangat menggembirakan iblis di kerajaannya yang besar.

4) Maswath
Specialist dalam menciptakan pembohongan besar mahupun kecil.

5) Zalnabur
Syaitan yang satu ini berkeliaran di pasar-pasar di seluruh penjuru dunia. merekalah yang mewujudkan pertengkaran, caci-maki, perselisihan, dan bunuh-membunuh antara sesama manusia.

Sunday, 8 April 2012

Khutbah Terakhir Rasulullah S.A.W.

9 ZULHIJJAH TAHUN 10 HIJRAH, DI LEMBAH URANAH, GUNUNG 'ARAFAH

Wahai manusia....
Dengarlah baik-baik apa yang hendak aku katakan. Aku tidak mengatahui apakah aku akan dapat bertemu lagi dengan kamu semua lepas tahun ini. Oleh itu dengarlah dengan teliti kata-kataku ini dan sampaikan ia kepada orang-orang yang tidak dapat hadir pada hari ini.

Wahai manusia...
seperti mana kamu menganggap bulan ini, dan kota ini sebagai suci, maka anggaplah jiwa dan setiap harta orang muslim sebagai amanah yang suci. Kembalikan harta yang diamanahkan kepada kamu kepada pemiliknya yang berhak. Janganlah kamu sakiti sesiapa pun jua agar orang lain tidak menyakiti kamu pula. Ingatlah bahawa sesunguhnya kamu akan menemui Tuhan kamu dan Dia pasti akan menbuat perhitungan di atas segala amalan kamu. Allah telah mengharamkan riba', oleh itu segala urusan yang melibatkan riba' dibatalkan mulai sekarang.

Berwaspadalah terhadap syaitan demi keselamatan agama kamu.
Dia telah berputus-asa untuk menyesatkan kamu dalam perkara-perkara besar maka berjaga-jagalah supaya kamu tidak mengikutinya dalam perkara-perkara kecil.

Wahai manusia...
Sebagaimana kamu mempunyai hak atas para isterimu, mereka juga mempunyai hak di atas kamu. Sekiranya mereka menyempurnakan hak mereka ke atas kamu, maka mereka juga berhak untuk diberi makan dan pakaian dalam suasana kasih sayang. Layanilah wanita-wanita kamu dengan baik dan berlemah-lembut terhadap mereka kerana sesungguhnya mereka adalah teman dan pembantu kamu yang setia. Dan hak kamu ke atas mereka ialah mereka sama sekali tidak oleh memasukkan orang yang tidak kamu sukai ke dalam rumah kamu dan dilarang melakukan zina.

Wahai manusia...
Dengarlah bersungguh-sungguh kataku ini, sembahlah Allah,
dirikanlah solat lima kali sehari, berpuasalah di bulan ramahan, tunaikanlah zakat dari harta kekayaan kamu dan kerjakanlah ibadat haji sekiranya kamu manpu. Ketahuilah bahawa setiap Muslim adalah saudara kepada Muslim yang lain. Kamu semua adalah sama; tidak ada seorangpun yang lebih mulia dari yang lainnya kecuali dalam taqwa dan amal soleh.

Ingatlah bahawa kamu akan menghadap Allah pada suatu hari untuk dipertanggungjawabkan atas segala apa yang kamu kerjakan. Oleh itu awasilah agar jangan sekali-kali kamu terkeluar dari landasan kebenaran selepas ketiadaanku.

Wahai manusia...
Tidak ada lagi Nabi atau Rasul yang akan datang selepasku dan tidak akan lahir agama baru. Oleh itu wahai manusia, nilailah dengan betul dan fahamilah kata-kataku yang telah ku sampaikan kepada kamu. Sesunguhnya aku tingalkan kepada kamu dua perkara yang sekiranya kamu berpegang teguh dan mengikuti kedua-duanya nescaya kamu tidak akan sesat selama-lamanya. Itulah Al-Quran dan Sunnahku.


Hendaklah orang-orang yang mendengar ucapanku ini menyampaikannya pula kepada orang lain dan hendaklah orang yang lain itu menyampaikannya pula kepada orang lain dan begitu seterusnya. Semoga yang terakhir lebih memahami kata-kataku dari mereka yang mendengar terus dariku. Saksikanlah Ya Allah, bahawasanya telah aku sampaikan risalahMu kepada hamba-hambaMu.